Sunday, June 20, 2010

Ustaz Fadzil Nor dalam kenangan..


Latar Belakang

Fadzil@Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah.

Ayahnya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Abdul Rahman meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil.

Moyangnya Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi adalah seorang ulama’ terkenal di Kedah yang berasal dari Patani.

Ustaz Fadzil Noor mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga (1946-1949).

Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Maktab Mahmud Alor Setar (1949-1958) dan peringkat tinggi (1958-1962).

Setelah tamat pengajiannya di Maktab Mahmud, Ustaz Fadzil Noor menjadi guru di Sekolah Menengah Badlishah, Kulim, Kedah. Kemudian beliau bertugas sebagai pegawai di Jabatan Zakat Negeri Kedah.

Pada tahun 1962, Ustaz Fadzil Noor melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir. Pada tahun 1967 beliau berjaya menamatkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah.

Sekembalinya dari Mesir, Ustaz Fadzil Noor menjadi tenaga pengajar di Maktab Mahmud (1967-1973) dan pada tahun 1973 menerima tawaran sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Baca seterusnya disini..

Omar Mokhtar "The Lion of the Desert.."

Omar Mokhtar adalah seorang tokoh dan figur yang memiliki semangat juang tinggi, intelektual, cerdas dan berdedikasi tinggi pada agamanya. Dilahirkan tahun 1861, Umar memulai hidupnya menjadi seorang sufi dan memasuki tarekat yang bernama Sanusiyah sampai beliau meninggal. Tarekat yang unik. Ia tidak meninggalkan dunia tetapi peduli terhadap persoalan dunia. Tarekat ini sering berperang melawan ketidakadilan. Ini mengingatkan kita dengan do’a Abu Bakar, “Ya Allah! Jadikanlah dunia ini di tangan kami bukan di hati kami”.

Baca selanjutnya disini..

Thursday, June 17, 2010

Isteri Hj. Mohamad Sabu diragut..

Puan Normah Alwi (ditengah)

Shah Alam,
- Normah Alwi, 55, isteri kepada AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu petang ini telah diragut di perkarangan tempat letak kereta berdekatan Bank Islam (M) Berhad (BIMB) cawangan Pusat Bandar Shah Alam.

Anak kedua Mohamad, Nurul Huda ketika dihubungi Harakahdaily memberitahu bahawa rompakan tersebut dilakukan oleh dua suspek pemuda.

"Yang masuk kereta rompak mak, baju kelabu, yang pandu motor berbaju merah," ujar beliau sebagaimana memetik aduan polis yang dibuat oleh ibunya.

Disebabkan rompakan tersebut, beliau memaklumkan bahawa ibunya kehilangan wang tunai RM4,000, kad kredit, telefon bimbit serta beberapa dokumen peribadi bapanya.

Pun begitu, beliau berkata, pihak polis sedang memburu dua suspek di persimpangan tol berdekatan Damansara.

"Sarjan Hamzah (pegawai penyiasat) kata ada nampak suspek bahagi-bahagi duit di simpang tol Damansara menaiki motosikal," ujar beliau lagi.

Mohamad turut dihubungi kemudian untuk mendapat maklum balas berhubung insiden tersebut, tetapi gagal.

Mohamad sekarang berada di universiti Frankfurt dan Berlin, Jerman untuk membentangkan kertas kerja akademik berkaitan demokrasi, dunia Islam dan Gaza (Pembebasan Palestin).

Dipetik Dari : HarakahDaily.Net

Tuesday, June 15, 2010

Kita Tiada Ketua..



Sukar sekali Barat memecah belah perpaduan umat Islam di Iran. Menjelang setahun terlantiknya semula Mahmoud Ahmadinejad ke jawatan Presiden, ada api yang cuba dinyalakan supaya kumpulan pembangkang Mir Houssein Musavi yang dikaitkan dengan Ayatullah Ali Akbar Hashemi Rafsanjani turun semula ke jalanraya. Tetapi, harapan dusta itu menjadi kelabu. Acara Peringatan Perginya Imam Khomeini Yang Ke-21 pada 4 Jun lalu menunjukkan Ayatullah al Uzma Imam Ali Khamenei memimpin solat Jumaat, dan di saf pertama adalah Ayatullah Rafsanjani, Mahmoud Ahmadinejad serta cucu Imam khomeini sendiri, Hujjatul Islam Hassan. Betapa hebatnya pun syiah bila bertikai sesama sendiri, saat menghayati keutuhan agenda seorang imam dan ahlul bait mereka menyatu dari semua jurusan. Alangkah baiknya kalau kita yang bermazhab sunni ini ada sosok seorang imam atau pemimpin yang dapat kita ikuti sebagai seorang ketua. Betapa daifnya kita sunni, sukar bersatu sehingga Palestina dilenyek Zionis pun kita hanya upaya memandang. Betapa daifnya kita sunni, sebahagian besar menjadi abdi dan penjilat Barat.

http://tehranifaisal.blogspot.com

Almarhum Ustaz Hassan Shukri dalam kenangan..

“Percayalah…sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah” – Ustaz Hassan Shukri

Pemergian Ustaz Hassan Syukri mengejutkan ramai pihak khasnya di dalam PAS. Ia merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan negara. Berikut adalah tulisan yang pernah dibuat wartawan AZAMIN AMIN yang disiarkan oleh akhbar Siasah Oktober 2009.

Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun ‘bermandi darah’ di Kuala Lumpur dalam peristiwa 13 mei, dia sudah terpacul tegap menantikan kedatangan mereka. Ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.

Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya, dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.

Tidak ada satu biji mata pun melainkandia yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan ‘parang terbang dan selempang merah’ untuk mara ke ibu kota.

Baca seterusnya disini..